Sunday 21 June 2015

Matlamat baru, new journey...

I’ve got too many things to regret. To many and its too bad. Kalau nak diceritakan, takkan habis. Yelah, makin kita membesar, makin banyak kita belajar tentang hidup. Kena maki dengan orang. Manusia datang dan pergi. Bila orang yang kita sayang tinggalkan kita. And buat kita rasa kita ni pembawa nasib malang. Maybe? Kena maki dengan org tetiba tanpa kita tahu puncanya dan paling sedih, kita tak kenal pun manusia kaki maki tu. Banyak benda pahit aku telan selama aku hidup tapi tak tahu kenapa aku makin gemuk umpama aku banyak telan benda manis. Aku sedar aku dah mula berubah and org sekeliling dah mula tak sukakan aku.Bila dorang tanya aku kenapa, aku tak tahu nak cerita macam mana. Aku rasa tak ada yg faham apa aku rasa. Apa aku hadap sensorang. Bukan sensorang, aku ada Allah. Apa yg aku belajar selama ni, aku kena sentiasa persiapkan diri untuk tempuhi hari-hari akan datang dengan berita mereka akan tinggalkan aku. Perlu bersedia. One day, if one of them nak tinggalkan aku atau dah pun pergi tinggalkan aku tanpa pengetahuan aku, aku tak akan terkejut. Tak akan. Aku sendiri tak tahu apa yang aku nak dlam life aku. Apa yang aku tahu, aku nak teruskan hidup, buat business sendiri, majukan business danberdiri di atas bumi yang nyata dengan usaha diri aku sendiri, insya Allah. Itu je yang aku fikir. Buat apa ku fikir orang sedangkan orang tak fikir aku. Bukan nak balas dendam, aku Cuma dah penat. Nak hadap semua orang. Kerenah orang. Jaga hati orang. I’m sorry because being too rude rn cos I know it’s the best way for me to survive. I hv my own heart to take care too. Kalau org tak jaga hati aku, siapa lagi nak jaga? Of course aku. Baik aku jaga. Dan aku dah ada matlamat hidup aku sendiri, so please. Aku tak perlu kan sesiapa pun skrg ni melainkan family aku dan juga Allah. Makin aku besar, makin aku sedar bahawa dalam apa-apa hal, Allah mesti kita letak nombor satu. Ya, aku mula sedar yang Allah itu memang sangat penting dalam hidup au. Tanpa Nya, aku tak akan sanggup teruskan hidup sampai ke hari ini. Mungkin salah aku juga sbb dulu aku lupa Allah itu ada. Aku berlagak boleh hidup tanpa Allah. Aku bahagia dengan kehidupan aku dulu tanpa diredhai Allah. Sekarang semuanya dah berubah. Aku lagi tenang drpd dulu dan aku mula lupakan benda buruk yg pernah stay kt dlm memori aku even I knoe its really hard to forget about it and I’ll try my best! Sekarang apa yang penting, aku nak cuba hapuskan dosa aku yg berlambak, aku akan cuba sentiasa buat baik. Aku cuba. Aku belajar elok-elok, aku nak Berjaya (capai cita-cita yg aku dah rancang) and aku nak bina rumah aku sendiri, and yah… My parents akan bangga dengan aku. Tu je apa yang aku nak buat. Taka da benda lain dan aku juga taka da masa nak berfoya fya nak bermin main nak bazirkan duit kea rah yang tak sepatutnya dan aku dah buang tabiat suka shopping membazirduit tu. AKu cuba jd kebanggan parents aku. Insya Allah, amin.

Sunday 4 January 2015

PEOPLE COME AND GO

Orang dah biasa dengar bahawasanya manusia yang datang masuk dalam cerita kehidupan kita tetap akan pergi juga cuma kita tidak tahu macam mana caranya dan bila dia pergi tinggalkan kita. Dan apa yang aku dah belajar selama aku hidup ni, mengikut pengalaman aku lah kan, apa yang aku dapat ialah, orang pertama yang tinggalkan aku adalah orang yang aku percaya dan sayang. Kalau sepuluh orang aku sayang, makan sepuluh orang lah yang tinggalkan aku. How can it be like this and idk. Langsung. Mereka semua yang aku percaya pergi tinggalkan aku tanpa sebab dan aku tak tahu sejak bila dorang hilang. Ya dorang masih hidup di tempat lain tapi bukan dalam life aku lagi dah.
Jangan marahkan orang yang telah pergi tinggalkan kita begitu sahaja kerana mereka tak salah. Mereka cuma bodoh
and yes, cuma.... aku terasa dengan diri sendiri. Apa diri aku dah buat sebab orang yang aku pasti bahawa dia akan stay beside me telah pun pergi berbahagia dengan orang lain. No... ni bukan ayat putus cinta, cuma ni je ayat yang sesuai untuk aku describe tentang keadaan aku and tentang apa yang aku rasa. Aku tak tahu lah nak rasa sedih or what. Salah aku ke?? If im wrong, they will tell me. Not will, but MUST. Bukan pergi macam tu je tanpa khabar apa apa. Macam mana aku nak percaya orang? How? Ni pengajaran untuk diri aku sendiri dan aku tak tahu macam mana nak ercayakan orang lagi. I need time, sampai masanya, everything will be okay. Sejak dua menjak ni, tak ada feel nak update post, serabut maybe. Stress over me bye

Saturday 27 December 2014

BERAT NAIK

Well semua perempuan faham kan punca stress aku. Berat naik kot. Aku diet, tak ada lah makan over mcm orang bela saka. Tapi macam haram je aku sakit hati je usha jarum penimbang tu. Kang aku cabut kang, tahu lah. Jujur sangat kau ni pun. Faktor lain mungkin sebab cuti sem. Maklum lah, mereput je kat rumah. Bosan, makan. Makan, bosan. Berpusing-pusing haih sabar je lah. Tunggu balik kptm nanti, gua kasi repair tigh gap wuwuwuwuwuw tapi ada satu masalah besar nak diet ni, faveret aku coklat kot -,- takkan aku nak tinggalkan cekelat kot. Teman ssejiwa tu. Kalau nak tahu, time aku taip ni, aku tengah kunyah kit kat wkwkwkwkwkwk sedap duh! i cant please help me D: dan.... cik eida tengah masak resepi baru kat dapur and yeah. Bila aku nak berhenti mengunyah. Resepi baru cik eida, aku mesti rasa sebab dia masak lagi sedap drpd chef okay! Rugi kalau tak rasa. Ye aku tahu makan malam gemuk yang penting cik eida punya new receipe bukan nasi okay. Hahaha kau nak kata cara diet aku salah ke, okay nanti aku tukar cara diet setakat ni memang ni je aku mampu buat dah lah dengan nafsu makan tak boleh tahan macam ppfftttt..... Ni semua salah orang yang masak sesedap haih :'( dan salah satu punca aku makan banyak, aku tengah stress. Ya stress -.- cekelat mana cekelat? Meh sini, dia je mampu pujuk aku supaya jangan stress lagi. Phewww post malam ni agak hambar. Bukan agak hambar tapi memang dah hambar sangat sebab gua tengah tak ada mood sebenanrnya. Bye

Monday 8 December 2014

LONELY

Lonely la, bukan sebab apa. Adik gua yang sebilik dengan gua pergi PLKN. Tak terasa kehilangan pun, cuma rasa macam bodoh lah pulak duduk dalam bilik sensorang tak tahu nak sembang dengan siapa. Adakah ini yang kau rasa masa aku start masuk kolej, Anissa? hehehehe mengaku je lah, alright sekarang kau balas dendam lah ni? Okay fine, suatu hari nanti kau rasa lah lonely. By the way anissa, kalau kau nak tahu, sebelum kau pergi PLKN, kau tak kemas bilik kan? Kau biar bersepah. Dah lah pergi pepagi tak kejut aku. Sebagai adik yang baik, kau sepatutnya salam aku and minta restu aku sebagai kakak. Ni idok, main pergi mcm tu je. Haih, aku tak kisah kau nak pergi mana cuma, please? Kemas bilik dulu, bisa gak? Sekarang ni, aku pula kena kemas. Haih sabau je ler. Tapi apa yang penting ialah, sekarang ni, bilik ni jadi hak mutlak aku. Aku nak beli cat, nak cat bilik LOL best banget! Aku akan buat kau rasa menyesal "kenapalah aku pergi PLKN :'(" okay? kosong kosong aaaaa kikikikiki okay dah. Sekarang ni, waktu malam malam macam ni, aku kesepian sebenarnya..... Kalau kau ada, boleh lah ajak tengok wayang ke, jalan jalan, gaduh jap kat rumah sampai cik Eida naik hangin dengan kita wkwkwkwkwk kenapa ayat aku mcm kau dah tak ada kt dunia ni, HAHAHAHAHA jangan marah. Tapi rasa mcm kau dah pergi selamanya pulak sebab KAU PERGI TAK KEMAS BILIK! oh men, aku dendam lagi ni sebenarnya. Kenapa aku yang kena kemas bilik? -.- aku memang tak boleh terima lah. Tak guna punya adik LOL hehehe peace. Wey kau balik nanti, kau pasti akan berkata "wah kak, bilik kemas gila! Pandai kau kak, kau memang saje kemas sebab nak sambut aku balik kan? Sebab tu aku sayang kau! hehew" KALAU KAU NAK TAHU, KAU TU ANNOYING TAHU? AKU DAH KENAL SANGAT AYAT KAU TU. KAU TOKSAH KABOR KE AKU APA-APA SEBAB KAU MEMANG MACAM TU. Tapi aku tak tahu lah nanti kalau kau dah balik, tetiba kau berubah "Syukur ya robbi kakakku kemas kan bilik kita. Alhamdulillah, awak kakak yang mithali. Alhamdulillah...." Oh aku tak berapa pasti apa respond kau balik nanti. Well, orang pelik pabila aku kecoh sangat pasal bilik sebab hanya kita je tahu keadaan bilik kita macam tempat pelarian orang asing. Bersepah dia sampai tak boleh pijak lantai. Sampah kt atas lantai tu, dah macam harta benda sendiri. Sebab tu jadi isu besar kalau bilik ni bersih. Cik Eida masuk tadi, nampak je clean and clear terus ayat dia "Wah, kak.... Kemasnya! Cantiknyaa..... bla bla bla bla" Macam masuk paris je ayat dia. Kemon, aku saje sorok kerajinan aku. Kang kalau aku selalu jadi rajin, atee bosan pulak kome kan hehehe haih, sakit betul bahagian gusi aku ni, mental problem la. Okay SELAMAT MALAM DUNIA, BERSELIMUTLAH BERSAMA BINTANG, MIMPIKAN BULAN (ayat hyperbola taknak kalah siot)

Sunday 7 December 2014

FAILED!

Blog gua ni kan, layak ke nak update pasal cinta? Oh my, i mean, feeling? Broken gittewww. Layak? Tidak layak (x) sebab? Kemon sis, malu lah sikit nak cerita pasal cinta kat sini. Sis, nampak sangat kau ni tak power dalam handle feeling or cinta or whatever. Sis? Nak tanya ni, Tak ada kerja ke nak fikir pasal cinta or perasaan awak sis? Euwww, segan sikit. Dalam masa sehari, mesti kau ada buat apa-apa. So? Boleh je jadikan cerita and update here. Perlu ke nak update pasal cinta? Sorry, im here talking about my self. Aku rasa aku ni failed! Aku rasa aku terlampau senang sayangkan orang sampai aku sendiri dah give up dalam life aku and yes, aku takut nak cakap pasal my future dengan lelaki. Aku tak cakap tentang orang lain. Yes i know yg orang lain semua bahagia semerbak, but not me. Aku bahagia tapi kalau nak cakap kategori cinta or feeling, no im not. Tak langsung. And maybe semuanya salah aku kalau betul aku gagal. So i made point that aku memang tak layak nak update pasal cinta or feeling here. Biarlah aku rasa sendiri, tak perlu libatkan orang and tu dikira as SALAH AKU, AKU TANGGUNG. Am i right, baby? Yaaa *pusingkan pen pakai jari* kalau nak suruh gua cerita kan pengalaman, lagilah tak LOL tapi kome semua kena tahu yang memang lah aku tak shantik tapi jangan lah leave me alone. Hilang macam tu je, wish selamat tinggal ke apa, tak pun. Ha, macam dah ter-cerita je pasal failed gua haha kan. abaikan, please jangan ketawakan kebodohan saiaaaaaaa. Tapi jangan risau, Cik ee (ayah) selalu bangga dengan keputusan pelajaran gua yang sentiasa gempak no failed. Bukan nak belagak tapi setip manusia ada kelebihan and kekurangan kan. Mana tahu, yang success dalam bercinta, gagal dlm pelajaran? Who knows? Ampun, kejamnya mulut aku ni wkwkwkwkwkwkwk sorry awaaa, kita kidding kidding aje. Dalam education pun tok bijok mane pung. Sepaking pun bersepai hehe dalam subject pun 100% je gua selalunya dapat. Ramai yang dapat 200% sampai terindu-rindu kat awak. Loser gila haku ni T.T kesimpulannya kat sini, memang nampak kan yang gua tengah broken.OKAY ANNAEYONG (tak pandai speaking korea)
KALAU ADA TYPO, ABAIKAN AJE SEBAB BACKSPACE ROSAK (ALASAN KUKUH MALAS NAK PADAM SEBENARNYA)

SAKIT GIGI OR GUSI

Halloo, supee here *lambai tangan* bajet bajte retis jap. Harini gua nak story sikit pasal gigi. No no no, bukan fazura, tu pasal gigi putih bersinar gila. Gigi yang gua nak cerita ni pasal gigi gua la. Sibuk pasal gigi orang bakpe ekekekekeke. LOL gua sakit gigi. Dia kan, bila gigi sakit ni..... melibatkan mood sekali tahu. Rasa nak belasah orang tu membuak-buak. Ya Tuhan, beristighfar lah wahai supee. Tengah khusyuk nak bersweetdream malam tadi, boleh pulak terjaga? Luls, kembang kecut gua rasa gigi ni. Sakit dia, hanya Tuhan yang tahu. Oh mungkin orang yang pernah sakit gigi faham perasaan aku pada malam tadi. Tapi sakit yang aku rasa ni, macam tak ada orang faham je. omg, sakitnya....................... Cerita sebenarnya macam ni. Ehem hem *ketuk ketuk mic* dah pergi klinik kerajaan tuari, punya lama tunggu turn, boleh pulak doc tu kata "Gigi awak tak ada apa apa ni. Tak apa, ambil ubat ni bla bla bla nanti saya call untuk appointment okay." Holamak, nakcall gua. NOMBOR PHONE GUA TAK HAMIK PUN -.- guane tu? Sebab tu lah, sampai terjaga malam malam ni, buat gua fikir. Kalau doc tu kata gigi tak sakit, adakah gusi? Fine, aku pun pada tengah tengah malam buta tu search la cara cara nak menyembuhkan gusi. Paling banyak suggestion yg orang bagi ialah
kumur dengan air garam atau sapu garam direct terus kt gusi tu
aku pun bangun lah dari katil serrrrupa mayat hidup dah, pergi dapur, ambil cawan, letak garam, isi air.... semua tu di buat dengan perlahan lahan sebab taknak org bangun tidur padahal tv kt depan aku dengar kuat kemain sampai ke dapur HAHAHAHA teruk la kau supee. okay back to the topic, lepas je aku kumur, THERE IS NOTHING HAPPEN AND BE LIKE OH SHIT, APA AKU NAK BUAT SEKARANG. Rasa marah dia macam kena sampuk setan. Tak boleh tahan. Nak solat tengah malam, memang tak boleh lah sebab Allah Bagi Cuti. So apa je jalan yang ada? Pasghah dan Ghedo... Berguling-guling je atas katil. Pukul 5pagi baru terlena sendiri mungkin sebab "Kau dah penat menanggung sakit selama 3 jam, maka berehatlah anak muda" so kesimpulannya gua bangun pagi pada pukul 11 pagi. Ya masih lagi awal sebab org lain semua bangun pukul 1 ((saje buat cerita org bangun pukul 1, biar nampak aku baik sikit)) wkwkwkwkwk. ada lagi ke org gelak mcm tu? Ha, siapa rasa nak bg penyepak tu, baru kau rasa mcm mana aku rasa sakit gigi kan. Tak, sakit gusi kot. K dah kelaut. Skrg, bangun bangun je umi kata muka dah bengkak. Haih, memang gua rasa nak belasah org malam tadi tapi tak ada lah gua belasah muka sendiri sampai bengkak. Oh rupanya kalau sakit gusi/gigi gila gila, memang bengkak? Baru tahu. Maapkan saiaaa awaaaa..... So, umi (my mom) decide nak bawak jumpa doktor pakar gigi petang ni. Takut tu memang takut, tapi gua rela sakit petang ni daripada kena tanggung sakit setiap malam tak boleh tidur. Which one? Of course sakit for awhile, not for a long time. Sabar ya Supee. Setiap penyakit, ada ubat dia. Tapikan boleh kurus kalau sakit gigi sebab nak makan tu memang takde skill dah. Tak tahu nak makan mcm mana. Selera tu ada, nak je makan... tapi entah lah. Skill makan tu dah hilang. Huahuahuahuahua bye chuollssss

Saturday 6 December 2014

OPENING POST

Harini, assalamualaikum rakyat jelata sekalian. Untuk first post, takkan nak cerita pasal perasaan kan? Haaa, nampak dah kt situ yg gua tengah ada feeling problem. Nampak? ha tudia, agagagaga Abaikan je. Taknak spoilkan first post dengan benda remeh.(remeh ke, sampai rasa tak tenang) hahaha tak kelakor. So today, kita cerita tentang nama samaran gua. Bukan apa, macam tak sedap je kalau pakai gua lu, aku kau, saya awak? lagilah tak best *flip hair* I you.... mcm kelaut dah. (sebenarnya nak jugak ada nama samaran mcm org lain. bukan tiru org, tp nak rasa. ekekekeke cuba jgn judge kita lelebih, hati tgh tak kuat ni) lol, padahal takde org baca, main syok sendiri je depan skrin laptop ni >< So my full name is sufi soffea. Panggil je em em em. Jap, kokping dah ada. keknis dah ada. well, 10minit telah pun berlalu. beku kepala otak fikir. haha, so panggil je gua, supee. cara gua type pun dah menunjukkan yang gua tgh picanggg terox. sorry, supee picangg terox. aduh, mcm not go je panggil gua supee hahahahaha kenapa loser sangat ni awaaaa *pukul bahu org terdekat* sorry reader sekalian, gua memang sentiasa kelaut. silap, supee memang sentiasa kelaut. alahai, dengar je perkataan supee, rasa nak gelak ketawa gittewww. tak kelakor? kau dgn Dato' Ramli MS sama je, semua bende tak kelakor. blog ni sebenarnya dah lama ditubuhkan, cuma tak berapa aktif. dulu masa zaman sekolah, ada update post, tapi dah delete sebab... pengpaham jelerr kalau post time sekolah. ayat rempit, bajet bajet perfect gitteww padahal zaman paling bodoh sekali. haha dah tak boleh ketawa lelebih. gua berani jamin lah, kalau ada org baca post dulu dulu tu sebelum gua delete, minta maaf sangat atas ke-annoying-an itu ya. gua faham kenapa org nak muntah hijau, gua faham. sekarang zaman kolej kan, apa lagi? pasal heart broken lah, takkan nak cerita pasal lecturer wuwuwuuu, saya sayang lecturer saya. no lah, there is somebody got heart broken, not me. im just feel it. lol, ni bukan heart broken, ni broken english ni. speaking bersepah. malas nak kemas, lantak g mana nak pergi grammar gua semua tu.... asal bahagia sudah. see? kelaut lagi. gua bosan sebenarnyaaaa HAHAHAHAHAHAHAHA syaitoooonnnn. lupa nak kasi tahu bahawa, dengan ini saya mengisytiharkan cuti sem ni berat gua naik. oh damn! duduk hostel, rileks je berat gua maintain. asal duduk rumah je, nafsu makan tu serupa bela saka. bukan nak ckp hape, mak gua masak sedap. mak lu masak tak sedap? patut kurus je... (saya gemok) siapa kata gua gemuk, maksudnya mak dia masak tak sedap. bye
kalau ada typo, biarkan ia bersemadi dengan tenang sebab backspace rosak lol